Wednesday, April 22, 2020

3 Minuman Kurma McCafe Yang Rugi Korang Tak Cuba Sepanjang Ramadan Ini!


Bulan Ramadan tahun 2020 ni pasti sedikit berbeza kalau nak dibandingkan dengan apa yang dah biasa kita jalani selama ini. Tapi seperti biasa, McDonald’s tetap melakukan pelbagai cara untuk membuatkan rakyat Malaysia terus tersenyum dengan perkongsian terbaru mereka ini.

McCafe telah mengeluarkan beberapa pilihan minuman terbaru bersempena bulan Ramadan. Ramadan pastinya tidak akan lengkap tanpa buah Kurma, dan buat pertama kalinya McCafe menggunakan buah Kurma sebagai bahan asas dalam minuman terbaru mereka Ramadan ini. Wow!


Ohmedia pasti, korang mesti excited nak rasa sendiri minuman Kurma McCafe tu nanti. Ianya didatangkan dengan 3 jenis minuman Kurma berbeza seperti Latte Kurma Ais, Susu Kurma Ais dan Kurma Ais untuk korang pilih.

Minuman Kurma McCafe ini menggunakan ekstrak dari buah Kurma sebenar tau?! Ditambah pula dengan susu segar atau latte untuk sebuah kepuasan yang maksimum! Perghhh, bayangkan bila masuk mulut korang. Dengan aroma wangi dia tu lagi. Slrppp!!


Tengoklah warna Latte Kurma Ais dia tu, memikat betul! Latte Kurma Ais ni guna 100% Arabica Coffee Beans yang berkualiti tinggi dan digabungkan dengan ekstrak buah kurma asli. Ini satu gabungan yang sangat unik dan korang mesti kena cuba! Kalau minum waktu sahur nanti, mesti rasa lebih bertenaga untuk mulakan hari korang dan bertahan sampai berbuka.


Susu Kurma Ais ni rasanya memang berbeza dari tempat lain. Nak tahu kenapa? Sebab dibuat daripada susu segar yang penuh rasa, digabungkan dengan ekstrak buah Kurma asli untuk kepuasan yang lebih tinggi.


Untuk korang yang lebih sukakan rasa dari buah Kurma tu sendiri, Ohmedia syorkan korang pilih Kurma Ais kerana rasanya yang menyegarkan. Lepas minum mesti rasa dahaga dan lapar korang hilang.

Minuman Kurma McCafe ni akan mula dijual bermula 20 April nanti sampailah ke 20 Mei 2020. Korang bukan boleh layan masa berbuka puasa je, tapi masa bersahur pun boleh enjoy lagi. Bayangkan dapat layan Spicy Chicken McDeluxe dengan Nasi Lemak McD lepas tu ada minuman Kurma McCafe ni kat sebelah! Perghh pergi dia… Sejenis nikmat yang tak mungkin mampu korang dustakan! :P


Minuman Kurma McCafe ni pasti akan jadi minuman paling ‘Hit’ sepanjang Ramadan 2020.. Untuk cara pembelian yang lebih mudah dan selamat, korang order’lah terus minuman Kurma McCafe ni guna McDelivery atau Drive Thru jer sepanjang tempoh PKP ini..

Akhir kata, selamat berpuasa dari kami di Oh! Media. Semoga Ramadan penuh dugaan ini memberikan kita terus kekuatan untuk menghadapi waktu yang sukar. Muahh ciked!








Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment