Thursday, April 16, 2020

5 Amalan Untuk Menambah Rezeki


Ramai di antara kita suka merungut dan stress bila duit sentiasa habis. Walaupun sudah berjimat, poket tetap akan kosong walhal baru masuk setengah bulan. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi lima perkara yang kita boleh amalkan untuk menambah rezeki.

Sedekah



Jika kita rajin bersedekah kepada tidak kira sama ada di Masjid atau orang yang susah rezeki kita akan bertambah kerana kita telah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Dalam masa yang sama Allah akan beri kita kesenangan dan permudahkan urusan kita.

Solat Dhuha


Rajin melakukan solat dhuha pada setiap hari InshaAllah Allah akan murahkan rezeki kita. Lakukan mengikut kemampuan kita dalam bilangan 2 hingga 12 rakaat tanpa batas dengan setiap 2 rakaat satu salam.

Membayar Hutang



Jika korang ada berhutang dengan seseorang jangan lupa selesaikan. Jika kita berjanji tetapi tidak melangsaikan hutang tersebut, orang yang kita pinjam duit itu akan teraniaya dan marah serta mendoakan sesuatu yang tidak baik pada kita. Sebab itu kadangkala nasib malang menimpa kita seperti kereta rosak, kemalangan dan kena saman. Oleh itu, bayar hutang korang jika ingin hidup senang dan diberkati.

Kongsi rezeki pada ibu bapa


Jangan pernah berkira kepada ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Bagi duit belanja pada mereka setiap bulan mengikut kemampuan, pasti mereka akan hargai dan mendoakan kita. Pintu rezeki akan terbuka jika mendapat keberkatan dari orang tua kita.

Beri makanan pada Haiwan


Jika korang ternampak kucing yang sedang lapar, berikannya makanan dan layan dengan baik. InshaAllah rezeki kita akan bertambah kerana haiwan tersebut akan mendoakan kita. Jangan sesekali seksa mereka kerana haiwan juga makhluk Allah dan mempunyai perasan.

OHMEDIA : SEMOGA 5 AMALAN INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENDAPAT REZEKI DAN KEBERKATAN

+ Baca respon pembaca 5 amalan untuk menambah rezeki di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment