Tuesday, April 14, 2020

5 Tips Mudah Penjagaan Kereta Yang Semua Perlu Tahu!


Pada masa ini, kereta merupakan keperluan harian kepada hampir semua individu untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Contohnya, kegunaan untuk pergi kerja, balik kampung dan sebagainya. Disebabkan itu, kereta perlu di jaga dengan baik dan diperiksa, apatah lagi bila kita menggunakannya setiap hari betul tak? Bila dah rosak nanti susah pula sebab kos nak baik pulihnya agak mahal disebabkan satu benda yang senang dan korang tak jaga. Ohmedia nak kongsikan 5 tips mudah penjagaan kereta yang penting untuk korang tahu.

Minyak Enjin


Sepertimana yang semua tahu, minyak enjin ini perlu ditukar mengikut penjarakkan yang telah ditetapkan (mengikut jenis minyak yang korang beli). Korang boleh tengok sukatan dan likatan minyak enjin korang pada penyukat minyak enjin. Jangan biarkan minyak enjin lebih ataupun kurang daripada had yang telah ditetapkan.

Tali Sawat


Korang perlu periksa tali sawat kereta korang dan pastikan ianya tidak terlalu longgar dan haus. Sekiranya longgar, ia akan menyebabkan bunyi nyaring pada enjin kereta nanti dan korang perlu lakukan servis.

Radiator


Mesti ramai yang menggunakan air biasa pada radiator kan? Untuk penjagaan yang lebih baik, korang gunakanlah air coolant sebab ia menjadikan enjin korang lambat panas berbanding air biasa. Harganya tidaklah agak mahal, lebih kurang RM10 jer. Coolant ini juga boleh ditukar setiap 60,000km sekali.

Minyak Gear


Pengguna yang menggunakan tranmisi manal, korang perlu memeriksa minyak gear dan tukarkannya setiap 60,000km perjalanan. Bagi pengguna kereta tranmisi automatik pula, korang perlu periksa minyak tranmisi auto dan perlu ditukar sehingga 25,000km perjalanan. Penjagaan yang sangat mudah, tetapi kalau diabaikan boleh menjadikan kotak gear korang rosak dan akan memerlukan kos yang besar untuk pulihkannya.

Bateri


Korang perlu ambil tahu jangka hayat bateri kereta masing-masing dan jenis bateri yang digunakan sama ada bateri basah ataupun kering. Ohmedia sarankan untuk korang menggunakan jenis bateri kering sebab ianya mudah tanpa perlu sentiasa diperiksa dan memang sepenunya bergantung harap pada jangka hayat mengikut cara penggunaan berbanding bateri basah pula, korang sentiasa perlu memeriksa dan pastikan supaya air suling bateri tidak kering. Jika ianya kering, bateri akan kehilangan cas selepas dianggarkan hanya enam bulan sahaja.


Senang betul semua tips penjagaan ini kan? Lebih baik luangkan sedikit masa untuk memeriksa kereta korang daripada abaikan dan perlukan wang yang banyak sekiranya berlaku kerosakan. Jangan kata perempuan tak boleh buat, mudah sahaja benda ni. Kalau taknak kotorkan tangan dan buat pun, minta tolong suami korang dan ingatkan mereka untuk periksa ya.


Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment