Thursday, April 9, 2020

Aliff Syukri Langgar PKP, Netizen Mahu PDRM Ambil Tindakan!


Nampaknya ramai netizen rasa tidak berpuas hati apabila usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik beberapa posting di Instagramnya, @aliffsyukriterlajaklaris bersama dengan anak-anaknya yang sedang makan di kediaman ibunya, Rozita Ibrahim.


Hari ini saya gembira sebab saya boleh makan sekeluarga dengan anak-anak saya, masakan kampung dan suasana kampung.

Menerusi entri tersebut, rata-rata ramai netizen berasa berang apabila melihat dia tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari kerajaaan. Perkara ini adalah tidak adil bagi mereka dan mahu Polis Diraja Malaysia untuk ambil tindakan seadilnya!



A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Menurut pandangan Ohmedia, sepatutnya tempoh PKP ini bukan untuk menziarahi saudara mara atau pergi bercuti ke mana sahaja. Tujuan PKP ini dijalankan adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 gais.


Lebih baik kita duduk jer dekat rumah untuk elakkan dijangkiti atau memberi jangkitan kepada orang lain. Bukan apa, Ohmedia kesian tengok petugas barisan hadapan bertungkus lumus merawat pesakit-pesakit positif Covid-19 di hospital pada setiap hari tau.


OHMEDIA: KE SANA KE SINI! DUDUK RUMAH DIAM-DIAM.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca suka duduk rumah di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment