Saturday, April 11, 2020

Amerika Syarikat Catat 19,882 Kematian, Tertinggi Di Dunia Atasi Itali


Trend kenaikan yang laju bagi kes COVID-19 di Amerika Syarikat nampaknya semakin parah apabila kini mencatatkan jumlah korban yang paling tinggi di dunia sebanyak 19,882 orang maut dan 514,41 lagi dikesan positif. Sebanyak 29,347 rakyatnya pula didapati pulih dari waba itu.

Sebelum ini, Itali mencatatkan rekod kematian tertinggi dan sekarang seramai 19,468 orang rakyatnya telah terkorban.

Jumlah ini nampaknya akan terus meningkat memandangkan lebih 1.75 juta penduduk seluruh dunia sudah dijangkiti Pandemik ini dan kira-kira 108,000 kematian telah dicatatkan. Jumlah mereka yang sembuh juga berjaya mengatasi jumlah kematian dengan lebih 395,000 orang pesakit telah sembuh di seluruh dunia.

OHMEDIA: NEGARA KITA JUGA SUDAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN MEREKA YANG SEMBUH DAN SEMOGA KITA BERJYA BEBAS DARI WABAK PANDEMIK INI.

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment