Monday, April 27, 2020

Anda Seorang iPhone User? Ini 5 Trick Berguna Untuk iPhone User Yang Boleh Digunakan


Kedua-dua peranti iOS dan Android mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka. Namun secara generalise nya, iOS lebih senang untuk digunakan manakala bagi Android menawarkan lebih banyak cara untuk customize dan configuration.

Walaubagaimanapun, banyak trick tersembunyi yang anda boleh temukan pada iOS. Sekiranya anda tidak menjumpainya setelah lama menggunakannya, kemungkinan anda belum mengkajinya. Berikut adalah 5 trick berguna untuk iPhone user yang boleh digunakan.

Cipta Getaran Secara Custom

Sumber gambar dari Goole
Selain dari notifikasi biasa, anda juga boleh mencipta custom alert untuk panggilan dan text keatas senarai contact anda. Ini akan membantu anda siapa sebenarnya yang cuba untuk berhubungan dengan anda tanpa melihat telefon berkenaan.

Caranya adalah dengan pergi ke Setting, pilih Sounds & Haptics, kemudian RIngtone, selepas itu Vibration, pilih Create New Vibration, dan lukiskan paten yang diinginkan kemudian simpan.

Menyahaktifkan in-app rating dan review

Sumber gambar dari The App Factor
Apa yang dimaksudkan dengan in-app rating and review? Pernah tak anda bermain satu permainan dalam telefon, setelah anda berjaya menyelesaikan misi yang diberikan, akan timbul satu pop-up notifikasi yang meminta anda rate berapa bintang dan memberi review pada permainan berkenaan. Bagi sesetengah orang, hal ini menjengkelkan.

Bagi mengatasi masalah ini caranya adalah pergi ke Setting, pilih Apple ID (paling atas dengan nama anda), kemudian pergi ke iTunes & App Store dan skrol kebawah kemudian disable In-app Rating & Review.


Tandatangan dokumen

Sumber gambar dari Gadget Hacks
Jika anda terdesak untuk menandatangani sebuah dokumen, anda boleh berbuat demikian dari telefon anda .

Caranya adalah dengan preview attachment berkenaan di Mail app. Kemudian pilih toolbox icon dan kemudian Signature button pada Markup preview. Turunkan tandatangan mengunakan jari pada skrin dan pilih Done. Selepas itu letakkan tandatangan berkenaan ditempat sepatutnya, pilih Done sekiranya sudah selesai.

Mengukur dan menyemak permukaan

Sumber gambar dari 5to9Mac
Tahukah anda iPhone sudah pun mempunyai aplikasi berkenaan, dimana tersedia tanpa memerlukan third-party app. Benda diukur secara augmented. Meskipun tidak beberapa tepat, namun ia memberi gambaran ukuran berkenaan secara anggaran. Begitu juga dengan penyemak permukaan.

Caranya, pergi ke ikon Utilities, kemudian pilih Measure. Disana terdapat dua pilihan sama ada anda mahu mengukur benda (panjang) atau menyemak rata permukaan.

Menerima notifikasi melalui flash kamera

Sumber gambar dari Cnet
Selain menggunakan notifikasi biasa menggunakan bunyi dan getaran. Anda juga boleh memilih untuk menerima notifikasi melalui lampu flash dengan berkelip beberapa kali. Ini sangat berguna bagi mereka yang lebih suka memilih phone alert secara visual memandangkan iPhone tidak mempunyai lampu led pemberitahuan seperti kebanyakan telefon berasaskan Android.

Untuk menghidupkan ciri berkenaan, anda perlu pergi ke Setting, dan pilih Accessibilty. Pilih Audio/Visual dan tukar kepada LED Flash pada Alert Toggle berkenaan. Sekiranya anda tidak mahu diganggu pada saat telefon anda dalam keadaan silent mode, anda boleh memilih untuk lampu berkenaan tidak menyala.

OHMEDIA: MUNGKIN ADA DIANTARA DIANTARA ANDA SEMUA YANG DAH TAHU TRICK-TRICK INI. PADA YANG BARU TAHU, SEMOGA TRICK INI BERGUNA PADA ANDA.

Sumber: Bussines Insider | Popular Science

+ Baca respon pembaca 5 trick berguna untuk iPhone user yang boleh digunakan di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment