Tuesday, April 14, 2020

Dari Miss World Ke Miss Frontliner, Bantu Golongan Yang Terkesan Akibat Pandemik


Siapa sangka disebalik gelaran beliau sebagai ratu cantik, rupanya beliau merupakan seorang doktor perubatan. Dr Nisha Thayananthan adalah seorang bekas ratu cantik yang merangkul gelaran Miss World Malaysia 2019 merupakan seorang doktor perubatan dari Hospital Putrajaya. Beliau juga merupakan petugas barisan hadapan hospital berkenaan.


Dipetik dari Berita Harian, beliau menjelaskan bahawa dia dan rakan banyak berkorban, kerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang demi menyelematkan nyawa. Oleh yang demikian, beliau menasihati agar semua orang sentiasa berhati-hati dan duduk dirumah.

Dr Nisha kini sedang aktif membantu golongan yang memerlukan akibat terkesan dengan pandemik COVID-19. Beliau memandu ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Seremban untuk mengagihkan keperluan asas makanan seperti beras, minyak masak dan susu.

OHMEDIA: BUKAN BESHE-BESHE NI. HARAP DENGAN BANTUAN DARI DR, DAPAT RINGANKAN BEBAN  MEREKA YANG TERJEJAS AKIBAT PANDEMIK INI.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Miss World bantu golongan yang terkesan akibat pandemik di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment