Sunday, April 26, 2020

Datuk Seri Ismail Tampil Beri Jawapan! Baju Corak Batik Tarik Perhatian Netizen Tiap Kali Bentang Laporan.


Setiap hari kebanyakan rakyat Malaysia pasti akan menanti di hadapan TV dan phone untuk mendengar dengan teliti laporan harian mengenai COVID-19 di negara kita. Tapi satu perkara telah menarik perhatian netizen setiap hari dengan melihat pakaian yang dipakai Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sangat meriah, bercorak dan berwarna-warni.

Sebelum ini, Datuk Ismail Sabri hanya mengenakan baju kemeja dan ia bertukar kepada penampilan yang agak berbeza sejak menghadiri sidang media di Putrajaya pada 18 April lalu dengan kemeja bercorak batik dan sangat menyerlah.


Rata-rata netizen terpikat melihat penampilan beliau dan ada juga yang mengatakan penampilan ini sangat rare dan sesuai dengan keadaan sekarang bagi memberikan sedikit keceriaan disaat negara sedang dilanda wabak.


Mungkin juga ini salah satu cara untuk memastikan rakyat dapat memberikan sepenuh perhatian sewaktu dia membentangkan laporan harian COVID-19. Maklumlah, hari-hari keluar TV, nanti bosan pula.


Bagaimanapun, Datuk Ismail Sabri perasan yang bajunya menjadi perbualan rakyat dan ini jawabnya ringkas.

Ramai komen tentang baju saya semalam. Sebenarnya semalam dan hari ini hujung minggu (18 dan 19 April). Jadi saya pakai baju batik. Apa salahnya saya mempromosikan batik Malaysia kan? - Katanya.


Tapi apa nak hairan gais! Menantu Datuk Seri kan memang pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie. Haha! Apa-apapun semoga Datuk Seri Sabri dapat jalankan tugasan ini dengan baik dan terima kasih kerana berjaya memastikan keselamatan rakyat sepanjang PKP ini.


+ Baca respon pembaca yang tertarik dengan pakaian Datuk Seri di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment