Saturday, April 25, 2020

Dr MAZA Nasihat Ebit Lew Jangan Simpan Dalam Hati. Teruskan Buat Kebajikan!


Sekarang viral tentang Ustaz Ebit Lew yang terpaksa menghentikan usahanya membantu orang susah secara langsung selepas dipanggil polis Bukit Aman yang telah menerima aduan dari individu tak dikenali. Disebabkan itu, ramai pihak yang berasa sedih dan tidak mahu Ebit Lew menghentikan usaha murninya.


Perkara ini turut mendapat reaksi yang sama dari mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpandangan Ebit Lew tidak perlu simpan dalam hati dengan segala kritikan dan kecaman yang diberikan oleh mereka yang iri hati.

Ebit Lew tidak perlu nak simpan dalam hati sangat benda yang macam itu. Jika dia ikhlas membantu orang, pasti tidak ada masalah dan jangan disimpan kerana di dalam dunia ketika ini memang sudah lumrahnya macam itu. "Sudah lumrah apabila manusia melihat seseorang itu melakukan perkara yang baik, pasti mereka akan memberikan pandangan atau kritikan. Malah penyanyi yang tugasnya menghiburkan orang pun tidak terlepas dari dikritik. Orang memberi sedekah, bukan urusan kita untuk mengetahui sama ada pemberi itu ikhlas atau tidak kerana itu antara dia dan Allah. Ikhlas ini rahsia, jika seseorang itu ikhlas (melakukan kebajikan) dia memperoleh pahala dan jika sebaliknya dia tidak dapat pahala tetapi dapat dosa. Cumanya orang yang menerima bantuan itu dapatlah barangan keperluannya yang diberi. - Jelas Dr Asri.

Kami di Ohmedia juga yakin yang Ustaz Ebit Lew tidak akan menjadikan dugaan ini sebagai penghalang untuk dia membantu orang, lagi-lagi di bulan Ramadan.


+ Baca respon pembaca yang bersama Ebit Lew di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment