Tuesday, April 28, 2020

Eyra Hazali Sebak Tidak Dapat Sambut Ramadan Bersama Keluarga, Masih Berpuasa Walaupun Hamil Lima Bulan


Hazirah Qasdina Hazali atau lebih dikenali sebagai Eyra Hazali berusia 21 tahun rasa bersyukur dapat meluangkan masa bersama suaminya, Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan seorang penjaga gol bola sepak di Johor.

Walau bagaimanapun, beliau rasa sebak kerana tidak dapat menyambut bulan Ramadan bersama keluarganya yang berada di Kuala Lumpur dan masih gagahkan diri untuk berpuasa dalam keadaan dirinya yang sedang hamil lima bulan gais.

Puasa kali ini memang berbeza dan sebak sikit sebab selalu dengan keluarga. Apa-apa pun mesti dengan keluarga di KL tapi kita terkandas di Johor. Dalam pada masa yang sama, gembira juga sebab dapat sambut Ramadan pertama kali dengan suami. Banyak masa diluangkan bersama seperti memasak dan cuba resipi baru. Buat masa kini, saya cuba puasa selang seli. Hari pertama saya puasa tapi itu pun tak larat sangat, saya tetap gagahkan diri. Saya memang sahur tapi macam biasa la kita mesti ada rasa lapar sikit tambahan pula ada buat kerja rumah, mungkin itu yang membuatkan saya lagi penat. Sebenarnya Haziq tak beri saya puasa sebab risau macam-macam boleh jadi. InsyaAllah saya cuba buat mana yang mampu. Tapi kalau tak boleh pun, saya okay saja tak teruskan, puasa boleh ganti, anak tak boleh ganti. Lagipun, first baby kan.

Tak apalah, Eyra. Kalau tak larat, tak perlu berpuasa. Kesian baby dalam kandungan tu. Apapun, Ohmedia doakan agar urusan Eyra dipermudahkan nanti dan jaga kesihatan okay!

OHMEDIA: TAK SABAR NAK TENGOK BABY EYRA. HEHE.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment