Friday, April 10, 2020

Instagram Membolehkan Penghantaran DM Menerusi Web


Pengguna aplikasi Intagram hanya boleh menghantar DM melalui telefon pintar masing-masing saja sebelum ini dan baru-baru ini, Instagram telah memperkenalkan ciri terbarunya. Menerusi web, pengguna sudah boleh menghantar DM kepada pengikut-pengikut lain di Instagram.

Ciri terbaru dari Instagram ini sekaligus memudahkan pengguna mereka untuk menghantar DM kepada rakan-rakan serta menaip dengan lebih pantas menggunakan keyboard pada komputer tanpa mengharapkan telefon pintar semata untuk lakukannya.

Jadi, sesiapa yang kerap menggunakan komputer atau laptop berbanding telefon pintar tu dah boleh layan Instagram dan DM rakan-rakan korang menerusi web tanpa rasa gelisah. Oh ya, kita juga boleh double-tap untuk suka sesuatu mesej, kongsikan gambar melalui komputer dan melihat berapa banyak mesej yang belum dibaca. Pengguna juga boleh dapatkan notifikasi kesuluruhan Instagram di browser.

Sumber : theverge

+ Baca respon pembaca pengguna Instagram di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment