Tuesday, April 21, 2020

Jasmine Suraya Ulas Aksi Romantik Bersama Sufian Suhaimi, Netizen Siap Gabung Nama!


Wah! Macam sesuai jer apabila melihat pelakon Jasmine Suraya melakukan aksi romantis bersama  Sufian Suhaimi dalam rancangan I Can See Your Voice (ICSYV) baru-baru ini kan? Jasmine mengaku ada peminatnya berharap agar mereka berdua lebih daripada seorang kawan tau.


Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan hal yang sebenar bahawa dia dan Sufian hanyalah berkawan sahaja kerana dia tidak terfikir mengenai perkara itu pada masa ini. Jika ada jodoh, ada lah gais!

Selepas program itu berakhir, ada penonton yang tinggalkan komen kata kami berdua nampak sweet...sweet ke? Mungkinlah kot! Tapi tak ada apa-apa pun, cuma kawan-kawan sahaja. Sebelum rakaman saya tak tahu Sufian adalah artis jemputan, selepas di set baru saya tahu. Jadi kita berbual macam biasa sahaja, borak-borak! Selepas program itu berakhir kami sambung chit chat di Instagram Live buat pertama kali. Saya akui ada peminat suka kalau kami bercinta, tapi buat masa ni saya tak terfikir tentang benda itu...saya berkawan dengan semua orang, kalau ada jodoh, adalah ya! -kata Jasmine Suraya


Apa yang lebih menarik, netizen siap gabungkan nama diorang menjadi #SUFINE tau. Terhibur betul bila Ohmedia baca komen daripada diorang ni. Kah! Kita doa jelah yang baik-baik untuk Jasmine Suraya dan Sufian Suhaimi okay.

OHMEDIA: MEMANG NAMPAK SERASI DIORANG BERDUA NI!

Sumber: mStar | Youtube

+ Baca respon pembaca minat Sufine di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment