Tuesday, April 28, 2020

Joox Memperkenalkan Family Plan Serendah RM18.90 Untuk 3 Pengguna


Joox merupakan aplikasi penstriman muzik yang terkenal dengan pelbagai genre lagu. Baru-baru ini, Joox ada membuat penawaran istimewa kepada pengguna dengan memperkenalkan pelan terbaru yang boleh dikongsi bersama keluarga iaitu Family plan. Pelan ini bertujuan untuk memberikan pengguna mendengar kesemua lagu di aplikasi tersebut tanpa batasan.


Pengguna boleh mengakses lebih dari 30 juta lagu dengan hanya RM18.90 sebulan jer gais. Dengan harga yang ditawarkan, pelan ini boleh diakses sehingga 3 orang pengguna dan kalau dibahagikan, cuma dikenakan cas sebanyak RM6.30 sahaja untuk satu pengguna gais.

Pelan ini boleh diakses dalam versi desktop ataupun telefon pintar korang secara berasingan bagi setiap pengguna/ Korang juga boleh mengakses ciri-ciri menarik di Joox termasuklah perkhidmatan VIP dan Karaoke Joox (K Plus).

Sumber : Joox

+ Baca respon pembaca pelan terbaru Joox di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment