Thursday, April 30, 2020

Keuntungan & Saham Facebook Meningkat 17% Ketika Pandemik


Memang diakui yang disaat banyak sektor perniagaan kini terjejas dengan wabak COVID-19, banyak juga sektor yang mengutip untung berlipat kali ganda pada waktu ini. Antaranya adalah Facebook yang korang buka dan scroll sekarang ni lah.

Ini melihat dari rekod yang dikeluarkan Facebook yang menunjukkan lonjakan penggunaan dan pendapatan yang lebih tinggi ketika pandemik COVID-19 yang menyumbang kepada peningkatan nilai sahamnya.

Berapa banyak agaknya tu? Saham Facebook mencatatkan keuntungan sebanyak $4.9 bilion atau RM64.7 bilion dengan peningkatan sebanyak 17 peratus kepada $17.4 bilion atau RM75.5 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2020.

Pengguna Facebook pun meningkat sebanyak 10 peratus tau iaitu menjadi 2.6 bilion. Ramai rakyat Malaysia dalam ni. Haha!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang main Facebook di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment