Tuesday, April 21, 2020

Microsoft Mahu Lancar Xbox Paling Berkuasa? Ini 5 Perkara Tentang Xbox Ini Yang Perlu Anda Tahu


Ketika reka bentuk Playstation 5 masih menjadi tanda tanya dikalangan peminat konsol, Microsoft telah tampil mendedahkan konsol mereka, Xbox. Microsoft mendakwa bahawa mereka telah membangunkan Xbox yang yang paling berkuasa yang pernah direka dari generasi konsol sebelumnya. Walaubagaimanapun, Microsoft melalui laman rasmi mereka memaklumkan bahaw konsol berkenaan aakan dilancarkan pada waktu cuti tahun 2020, namun tidak menyatakan tarikh secara spesifik.

Kuasa dan Keupayaan


Microsoft mendedahkan bahawa Xbox Series X ini dikuasakan dengan custom-designed procesor yang menggunakan AMD Zen 2 terbaru dan RDNA architecture. Sebuah sistem cip baru dibina untuk kelajuan dan prestasi, dimana ia didatangkan dengan 12 teraflops processing power. Ia turut menyokong paparan True 4K gaming dan juga 8K.

Sistem Penyejukan


Xbox Series X ini dibangunkan dengan innovative parallel cooling architecture yang membolehkan penggunanya merasakan pengalaman bermain game yang menarik dengan grafik dan perfomance yang mantap. Melalui inovatif ini, ia akan membahagikan beban haba di beberapa aliran udara untuk mengurus suhu dalaman konsol berkenaan. Parallel cooling architecture ini  terdiri dari pada split motherboard, heat sink chassis dan juga vapor chamber.

Storan Dalaman


Xbox Series X ini didatangkan dengan 1TB custom SSD. Selain itu, demi menjanjikan pengalaman menarik bermain konsol ini, Xbox ini didatangkan dengan expansion card untuk memberi tambahan ruang kepada untuk mengekalkan kelajuan dan prestasi dengan replicate internal custom SSD experience pada konsol

Pengalaman Bermain


Diambil dari laman rasmi Microsoft, mereka mendakwa Xbox Series X ini akan memberikan pengalaman yang ditingkatkan dari segi performance, dari sebelum-sebelum ini termasuklah sewaktu boot and load, frame rate yang stable, higher resolution dan kualiti yang dipertingkatkan dengan The Xbox Velocity Architecture.

Controller


Turut ditampilkan adalah controller wireless yang baru dimana controller berkenaan mampu untuk pair dengan pantas antara konsol, PC dan mobile device yang disokong. Ciri penting yang diketengahkan adalah lebih kepada modern designed. Contohnya textured grip, dan Hybrid D-pad. Selain itu ia juga dilengkapi dengan butang Share untuk merakam dan berkongsi content.

OHMEDIA: ADUH! PS5 TAK KELUAR LAGI, XBOX PULA MUNCUL. TAPI ANTARA XBOX DENGAN PS5, KORANG PREFER YANG MANA?

Sumber: Microsoft

+ Baca respon pembaca Microsoft mahu lancar Xbox paling berkuasa di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment