Tuesday, April 14, 2020

Mydin Memudahkan Pengguna Dengan Pembelian Secara Pandu-Lalu


Bagi memudahkan orang ramai supaya tidak terdedah dengan persekitaran semasa membeli barangan-barangan keperluan, Mydin telah membuat inisiatif engan menggunakan Mydin Express. Sekiranya korang nak gunakan kemudahan ini, korang boleh pergi ke link ini ya https://mydinexpress.my/.


Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan pihak Mydin ini, pertamanya pengguna perlu memilih cawangan yang berhampiran dengan rumah. Kemudian, pengguna perlu memilih barangan yang hendak di beli dekat Mydin Express. Oh ya, bagi sesiapa yang ingin membuat pembelian dengan Mydin Express ini perlu membuat pembelian minumum RM50. Selepas itu, pengguna perlu memasukkan nombor kenderaan mereka beserta nombor telefon.

Selepas membuat pembelian atas talian ini, pengguna perlu tunggu sehingga mesej dari Whatsapp sebelum mengambil barangan yang dibuat dekat Mydin Express sebelum mengambilnya. Korang jangan pula pilih Mydin yang berjauhan dengan korang pula, nanti memang tak lepas roadblock abang polis lah cerita dia. Terima kasih Mydin atas usaha yang telah dibuat untuk semua pengguna sekaligus dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak covid-19 ini.

+ Baca respon pembaca Mydin Express memudahkan pengguna di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment