Thursday, April 16, 2020

Noh Hujan Ketuai Projek Inisiatif Hargai Pengorbanan Frontliner


Noh Hujan bersama rakan-rakannya seperti Ag Coco telah tampil dengan satu inisiatif bagi menghargai jasa dan pengorbanan frontliner dalam memerangi pandemik COVID-19. Menurut info dari Berita Harian, projek inisiatif ini akan melibatkan 25 penyanyi tanah air.

Jelas, meskipun dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak menghalang Noh dan rakan penyanyi yang lain untuk menunjukkan kreativiti mereka menghiburkan peminat lebih-lebih lagi menunjukkan penghargaan kepada para frontliner.

Dipetik dari Berita Harian, antara penyanyi yang terlibat adalah Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan NJWA, artis yang terbabit adalah Syamel, Naim Daniel, Ernie Zakri, Ara Johari, Kashika, Ali Masdo, Mimi One Nation Emcee dan Nicole Lai.

Turut serta Azlan Typewriter, Marsha Milan, Imran Ajmain, Masya Masyitah, EL Ceria Popstar, Ucop, Yoyo, Dinda, Umairah, Nehsan Selvaraj, Danny Ah Boy, Jacqueline, Putera Muhammad dan Xavier. Menurut info, setiap penyanyi akan menghantar audio dan visual masing-masing dan kemudian akan digabungkan untuk dijadikan sebuah muzik video yang berjudul Sentiasa Disini.



OHMEDIA: SAAT INI APA YANG DIPERLUKAN OLEH FRONTLINER BUKAN SAHAJA ALAT PELINDUNG DIRI, TETAPI SOKONGAN MORAL AGAR MEREKA TERUS KUAT MELAWAN PANDEMIK INI. TERIMA KASIH NOH DAN RAKAN-RAKAN PENYANYI.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Noh Hujan ketuai projek inisiatif hargai pengorbanan frontliner di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment