Sunday, April 26, 2020

Nubia Play Hadir Dengan Skrin 144Hz Bersama Cip Snapdragon 765G


Baru-baru ini, Nubia baru saja mengumumkan peranti permainan terbaru mereka iaitu Nubia Play. Kali ini, Nubia menghasilkan telefon pintar pada kelas pertengahan bersama sokongan rangkaian 5G gais! Nubia Play didatangkan dengan skrin AMOLED 6.65 inci bersama resolusi FHD+. Walaupun berada dikelas pertengahan, Nubia Play tetap tampil dengan 144Hz refresh rate dan 240Hz touch sampling rate.


Peranti terbaru dari Nubia ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Octa-Core SnapDragon 765G dengan GPU Adreno 620. Untuk memorinya pula, ia hadir sehingga 256GB storan dan sehingga 8GB RAM. Baterinya pula sebesar 5,100mAh dengan sokonan pengecasan pantas 30W dan yang paling penting, ia menggunakan port USB Type-C. Nubia Play juga memiliki pengimbas cap jari dibawah skrin.

Untuk kamera belakang, ia didatangkan dengan sensor kamera utama 48 megapixel + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapan pula ia hadir dengan lensa 12 megapixel. Bagi pilihan warna, peranti ini didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, biru dan putih.

Sumber : GSM Arena

+ Baca respon pembaca peranti Nubia terbaru di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment