Wednesday, April 15, 2020

Peguam Jelaskan Pencen Pesara Boleh Hilang Jika Sabit Kesalahan Langgar PKP


Harap maklumat ini akan membuatkan korang yang langgar PKP lebih insaf! Ini apabila pesara kerajaan yang disabitkan kesalahan melanggar Perinah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga dikenakan hukuman penjara walaupun 1 hari dikatakan boleh hilang manfaat wang pencen yang diterimanya setiap bulan.

Memetik laporan Berita Harian, Peguam Adnan Seman mengatakan yang perkara ini mengikut aspek perundangan, seseorang pesara itu masih layak menerima wang pencen selagi mana dia cuma didakwa di mahkamah atau denda. Tetapi, katanya mengikut Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980, seseorang pesara itu akan hilang kelayakan pencen serta-merta sebaik hukuman mati atau penjara dijatuhkan terhadapnya.

Mana-mana individu yang menerima pencen atau faedah lain di bawah akta ini dan dikenakan hukuman mati atau penjara dalam suatu tempoh oleh mahkamah, pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti serta-merta. Namun, pencen ini boleh diperoleh semula mengikut Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya dia mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Dalam hal ini, pengampunan Yang di-Pertuan Agong membolehkan elaun tanggungan diberi namun jumlahnya bergantung kepada apa yang difikirkan patut untuk isteri atau anak pesara dari segi nafkah dan faedah mereka, selain untuk pesara sejurus tamat menjalani hukuman (penjara). - Jelasnya.

Setakat ini, peraturan yang digunakan adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di mana mereka yang ingkar akan dikenakan denda tidak melebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali dika disabit kesalahan.

OHMEDIA: TIDAK KIRALAH APAPUN DENDA YANG AKAN DIKENAKAN TERHADAP PESALAH, KITA SEBAGAI MANUSIA DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB HANYA PERLU MENGIKUT SEGALA ARAHAN YANG DITETAPKAN UNTUK KEBAIKAN DIRI, KELUARGA DAN ORANG TERSAYANG.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment