Thursday, April 9, 2020

Pelakon Cilik Puteri Rayyana, Ibu & 5 Orang Kru Juga Positif COVID-19


Pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa dan lima orang kru produksi turut dilaporkan positif COVID-19. Sebelum ini pelakon Puteri Aishah disahkan positif dan telah menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh dan sekarang pengarah drama Demi, Rahila Ali, Puteri Rayyana dan ibunya telah disahkan positif.


Puteri Rayyana yang baru berusia 6 tahun bersama ibunya Syira kini dilaporkan berada di rumah sementara untuk kuarantin dan menanti panggilan daripada pihak KKM untuk rawatan lanjut.


Walaupun mungkin ada pihak yang mempersoalkan kenapa meneruskan penggambaran, ibu kepada Puteri Rayyana tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah.

Pagi tadi dapat panggilan daripada KKM mengesahkan kami berdua positif COVID-19. Sekarang ini, saya dan Rayqa masih di rumah menunggu panggilan seterusnya untuk ke hospital. Saya dah beritahu pihak hospital yang saya tak nak berpisah dengan anak saya. Kalau boleh, biarlah kami sama-sama kuarantin di bilik yang sama. Sebenarnya Rayqa ada mengalami demam selama dua hari semasa berada di sana. Tapi hanya demam biasa. - Jelasnya Syira kepada mStar.

Lima orang kru lain yang turut positif adalah pengarah, penolong pengarah, jurukamera, kakitangan bahagian pakaian dan solekan. Mereka termasuk 18 orang kru lagi berada di Scotland pada 9 Mac lalu sebelum wabak ini semakin teruk.

Semoga semua kru produksi dan pelakon yang terlibat cepat sembuh dan boleh pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca yang iktui perkembangan Puteri Rayqa di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment