Wednesday, April 15, 2020

Peperiksaan SPM, STAM, STPM, STAM Akan Ditunda Sehingga Awal Tahun 2021

  

Sebentar tadi Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin telah membuat pengumuman secara langsung dan menjawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran ibu, bapa dan guru-guru. Antara yang menarik perhatian adalah tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan ditunda kepada suku pertama tahun depan.

Manakala,calon Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) bagi peperiksaan Semester 2 turut akan ditangguhkan pada Ogos tahun ini dan peperiksaan Semester 3 pula akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.

Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021. - Jelasnya sebentar tadi.

Harap dengan ini terjawab segala persoalan dan pihak kementerian juga dikatakan akan memastikan pembelajaran anak-anak di rumah dapat dilakukan dengan baik dengan menambah baik proses pelajaran di televisyen.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca mengenai penangguhan peperiksaan ini di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment