Monday, April 13, 2020

Perodua Minta Sampaikan Mesej Ini Kepada Semua Hero Kita!


Sekarang kita dapat lihat banyak bantuan dan ucapan penghargaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa kepada Pasukan Barisan Hadapan Negara yang menganggap mereka sebagai Hero kita semua.


Ohmedia juga tertarik dengan satu perkongsian video dari Perodua yang turut menunjukkan penghargaan dan berterima kasih kepada Petugas Barisan Hadapan seperti doktor, jururawat, polis dan askar yang sanggup berkorban demi selamatkan Malaysia. Ini semua demi memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada terkena jangkitan wabak pandemik di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Lebih menarik lagi apabila Perodua turut menyampaikan mesej bahawa insan-insan tersayang yang ada bersama kita pada waktu yang sukar ini juga adalah Hero sebenar yang perlu kita hargai. Contohnya, seorang ibu setia menyediakan pelbagai jenis makanan yang terbaik untuk keluarga tanpa menghiraukan rasa penatnya. Ayah pula sanggup keluar rumah seorang diri untuk membeli segala barang keperluan keluarga bagi memastikan keluarganya terhindar dari wabak.


Rasa rindu untuk pulang ke kampung juga pasti sangat dirasai buat mereka yang terpaksa mengasingkan diri dan duduk jauh di bandar. Apatah lagi, diri rasa ingin memeluk ibu, ayah, atuk dan nenek di kampung. Ini juga adalah satu pengorbanan yang harus dilakukan demi kebaikan semua. Dengan terus kekal berada di mana kita tinggal, kita pasti dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak ini.


Banyak lagi perkara suka-duka yang kita semua sedang alami pada ketika ini. Jadi, marilah kita bersama-sama sampaikan mesej positif ini kepada semua bahawa Petugas Barisan Hadapan dan mereka yang Duduk Di Rumah adalah Hero sebenar demi menyelamatkan Malaysia!


OHMEDIA:JIKA KITA BERJAYA MENGHARUNGI WAKTU SUKAR INI BERSAMA, IA PASTI AKAN MENJADI SATU SEJARAH BERMAKNA YANG AKAN DIINGATI SAMPAI BILA-BILA. KITA PASTI MENANG! #KITA JAGA KITA

+ Baca respon pembaca sayang HERO di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment