Tuesday, April 7, 2020

Puteri Aishah Disahkan Positif


Pelakon jelita, Puteri Aisyah pula disahkan positif covid-19 selepas Pencetus Ummah (PU) Riz. Perkara ini disahkan pengurusnya iaitu Iman Tang melalui akaun Instagram miliknya semalam selepas mendapat maklumat itu. Puteri Aisyah telah menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras petang kelmarin dan buat masa ini, dia masih berada dirumah sebelum panggilan KKM dibuat untuk membawanya ke sesebuah hospital.

BACA : PU Riz Disahkan Positif Selepas Menjalani Ujian Saringan


Didapati Puteri Aishah ada menjalani penggambaran drama bersiri bersama 18 kru lain di Inverness, Scotland pada 15 Mac lalu sebelum pulang ke Malaysia pada minggu lepas. Pelakon terkenal yang meningkat naik, Ben Amir juga ada bersamanya sewaktu pengambaran di sana dengan Hasnul Rahmat. Menurut Berita Harian, kesemua kru pengambaran tersebut telah melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta.

Iman Tang mengatakan yang dia telahpun meminta keizinan Puteri Aishah sebelum menghebahkan perkara ini dan bukanlah bertujuan untuk membuka aibnya. Pengurusnya itu juga memohon agar semua peminat mendoakan Puteri Aishah supaya cepat sembuh.

Sumber : Berita Harian
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment