Tuesday, April 28, 2020

Rakyat perlu bersabar, tiada gunanya PKP tamat pastu jumlah kes naik balik - Menteri


Tiada gunanya Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan untuk tempoh seketika dan dikenakan semula selepas itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata kerajaan mahu sekiranya PKP ditamatkan bagi membendung wabak Covid-19, ia hendaklah untuk tempoh selama-lamanya dan beliau seterusnya mengajak rakyat bersabar dengan biar susah sekarang demi kesenangan pada masa akan datang.

"Bagi saya, kalau kita nak buka semula, baik buka sepenuhnya sampai bila-bila. Tiada guna kita tamatkan PKP, kemudiannya terpaksa mengenakan semula PKP. Ia menyukarkan hidup kita, Lebih baik berdisiplin dan susah sekarang demi kesenangan akan datang," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, PKP boleh ditamatkan lebih awal dan rakyat boleh nikmati banyak kelonggaran sekiranya kes Covid-19 berkurangan.

"Walaupun sekarang nampak kes penurunan, tetapi ia boleh naik balik. Ada negara yang sudah mencatatkan penurunan, kemudian menamatkan PKP, dan tiba-tiba kes Covid-19 naik mendadak dan terpaksa tutup semula," katanya.

Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment