Tuesday, April 28, 2020

Realme 6 Variasi 8GB RAM Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1,199


Baru-baru ini, Realme Malaysia telah melancarkan satu lagi model telefon pintar dibawah siri Realme 6 di pasaran Malaysia. Model terbaru ini didatangkan dengan 8GB RAM dan akan ditawarkan di Malaysia bermula 2 Mei nanti pada harga RM1,199 jer gais. Sebelum ini, Realme Malaysia telah melancarkan Realme 6 dengan memori 4GB RAM pada bulan lepas dengan harga RM999.

Realme 6 ini didatangkan dengan skrin 6.5 inci LCD FHD+ bersama 90Hz refresh rate. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T. Untuk memorinya, ia hadir dengan 8GB RAM dan 128GB storan. Baterinya pula berkapasiti 4,300mAh bersama pengecasan pantas 30W.

Untuk kamera belakangnya, ia didatangkan dengan empat lensa iaitu 64 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudur lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula hadir dengan 16 megapixel. Realme Malaysia juga menawarkan kepada sesiapa yang membeli peranti ini pada 2 Mei nanti akan mendapat jaminan tambahan selama 6 bulan gais.

Sumber : TechNave

+ Baca respon pembaca Realme 6 variasi 8GB RAM di Facebook Oh! Media.









Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment