Tuesday, April 28, 2020

Remy Ishak Menanti Jodoh Dari Tuhan


Kebiasannya bila menjelang Ramadhan, pelakon Remy Ishak tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman di Melaka menyambut awal puasa bersama keluarganya. Tahun ini, Remy meyambut puasa seorang diri di rumahnya akibat pkp. Remy berasa sukar apabila menyambut Ramadhan seorang diri dan tidak dapat pulang ke kampung.

Remy juga berkata keadaan berbeza apabila dirinya tidak dapat mengerjakan solat Terawih secara berjemaah seperti tahun-tahun sebelum ini di surau ataupun masjid. Remy mengatakan yang dia tidak langsung memikirkan tentang menyambut hari raya nanti disebabkan semuanya tergendala akibat wabak covid-19 dan apa yang difikirkan, bagaimana dirinya ingin balik ke kampung halaman berjumpa keluarga.

Ketika berada di rumah, Remy meluangkan masa dengan kucing peliharaanya dan mengkaji skrip filem yang sepatutnya menjalani pengambaran sekarang. Remy juga tertanya-tanya bila agaknya Allah akan datangkan jodoh dia dengan seseorang dan beranggapan tidaklah sunyi nanti sekiranya ada pasangan sepanjang tempoh pkp ini berlangsung.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Remie Isham menanti jodoh di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment