Tuesday, April 7, 2020

Salman Khan Bantu 19,000 Pekerja Industri Hiburan Bollywood


Semalam Ohmedia baru jer cerita tentang Shah Rukh Khan menjadikan pejabat empat tingkat miliknya sebagai tempat pesakit-pesakit untuk dikuarantin. Kali ini pula giliran Salman Khan membantu 19,000 pekerja industri hiburan Bollywood yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik Covid-19.

Kalau korang nak tahu Salman telah menderma sebanyak RM5.4 Juta kepada orang yang memerlukan. Menurut India TV News, 5,000 India Rupiah (RM286) untuk setiap seorang telah diberikan kepada 3,000 pekerja tau dan berbaki lagi 16,000 orang.

Salman telah meminta maklumat 25,000 pekerja dan sebanyak 19,000 data telah diperoleh. Semua akan mendapat wang seperti yang dijanjikan tidak lama lagi. -kata Ashok Dubey, wakil Kesatuan Pekerja India Cine

Alhamdulillah, semakin ramai artis membantu orang yang memerlukan dari segi bantuan kewangan. Kalau korang nak tahu, kerajaan India telah mengumumkan tempoh lockdown selama 21 hari disebabkan jangkitan wabak Covid-19. Semoga Allah SWT melindungi kita semua. InsyaAllah, Amin.

OHMEDIA: TERIMA KASIH SALMAN KHAN!

Sumber: India TV News

+ Baca respon pembaca minat Bollywood di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment