Wednesday, April 15, 2020

'Sekarang anak saya dah tak ada ibu..' - Suami dakwa isterinya (jururawat) meninggal dunia akibat Covid-19 kerana hospital tak bagi 'mask' ketika merawat pesakit


Seorang jururawat di Florida meninggal dunia akibat Covid-19 selepas merawat pesakit koronavirus tanpa diberikan penutup mulut dan hidung oleh pihak hospital, dakwa suami mangsa. 

Danielle DiCenso, 33, yang bertugas di unit ICU, Hospital Umum Palemetto, mula menunjukkan simptom Covid-19 dua minggu selepas bekerja syif merawat pesakit tanpa sebarang alat perlindungan diri. 

Suaminya, David, menemui Danielle mati di ruang tamu pada Khamis lalu selepas Danielle menjalani kuarantin diri ekoran kesihatannya semakin merosot. 

David mendakwa, kakitangan di hospital tidak memberi Danielle alat perlindungan diri dan kini anak lelakinya yang berusia empat tahun kehilangan ibu tersayang. 

Menurut data yang dikeluarkan pada Selasa, antara 10 hingga 20 peratus kes Covid-19 Amerika Syarikat adalah di kalangan petugas barisan hadapan. 

"Dia selalu mengutamakan pesakit berbanding dirinya. Ada sehari dia pergi bertugas dan mereka (hospital) tidak memberi penutup mulut dan hidung kepadanya. 

"Dia sangat sedih yang dia tidak dapat menjalankan tugasnya di tempat kerja yang mana dia rasakan selamat. 

"Banyak mesej dia dengan rakan-rakan sekerja yang kata diorang tak diberikan alat perlindungan diri yang mencukupi, menunjukkan situasi sebenar yang berlaku di hospital itu." kata suaminya kepada WTCJ. 

Danielle menjalani ujian Covid-19 pada 23 Mac 2020, tetapi tiada sebarang keputusan lalu dia mengambil inisiatif untuk menjalani kuarantin diri di ruang tamu dan tidak bertugas di hospital. 

Danielle mula menunjukkan simptom pada 25 Mac dan pihak hospital berterusan menghubunginya dan bertanya jika dia dapat kembali bertugas. 

Keadaan Danielle semakin merosot dengan demam dan batuk teruk sehingga David menemui isterinya mati pada pagi Khamis. 

Sementara itu, pihak hospital menegaskan keselamatan petugas mereka sentiasa diutamakan.

"Jururawat disediakan PPE selaras dengan panduan yang disediakan oleh Centers of Desease Control (CDC).

"Semua petugas di hospital kami diperiksa suhu badan mereka, diberi penutup mulut dan hidung ketika merawat pesakit dan meminta mereka memaklumkan segera sekiranya mereka ada menunjukkan sebarang simptom. 

"Mereka tidak akan dibenarkan bertugas di hospital sekiranya ada mengalami simptom-simptom Covid-19," katanya. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment