Saturday, April 25, 2020

Tengahari Dah Rasa Lapar? Ini 5 Petua Buat Anda Rasa Kenyang Sehingga Waktu Berbuka


Sudah masuk hari ketiga kita menjalankan ibadah puasa. Jadi bagaimana? Masih sukar untuk beradaptasi dari normal diet pemakanan yang dilakukan sebelum bulan puasa? Semestinya akan ada segelintir dari kita akan menghadapi masalah ini. Kesannya, tengah hari sudah mula rasa lapar. Jadi Ohmedia nak kongsi petua buat anda rasa kenyang sehingga waktu berbuka.

Elakkan makanan masin ketika bersahur


Kita orang Melayu memang suka makan makanan yang masin seperti, telur masin, ikan masin, budu, cencaluk, lebih-lebih lagi kalau dimakan bersama-sama nasi panas, memang terangkat! Tapi tahukah anda makanan masin akan membuatkan anda kehilangan air dalam tubuh sekaligus membuatkan ada rasa dahaga.

Kunyah makanan sehingga lumat


dengan menguyah makanan sehingga hancur, mulut anda akan mengambil masa yang lama untuk menguyah sebelum menelan makanan berkenaan. Dengan mengambil masa berkenaan, ia akan membuatkan perut anda berasa kenyang pada waktu yang tepat dan kekal lebih lama disamping akan mudah dihadam oleh usus.

Makan kekacang


Kekacang mempunyai gabungan beberapa nutrien seperti proetien serta lemak dan serat yang dimana nutrien-nutrien ini akan membuatkan perut anda kenyang. Ia juga boleh menjadi pengganti yang baik kepada nasi jika anda bosan menikmati nasi pada waktu sahur.

Lebihkan makan buah-buahan dan sayur


Pengambilan buah-buahan secara berlebihan adalah penting kerana ia mampu menghalang tubuh anda dari kehilangan nutrien dan bendalir. Jika anda bosan makan begitu sahaja, mungkin anda boleh gabungkan beberapa buah untuk dimakan bersama kerana setiap buah mempunyai nutrien yang berlainan.

Ambil makanan bijian penuh


Makanan bijian penuh adalah makanan yang tinggi dengan serat serta protein yang membekalkan tenaga kedalam tubuh agar kekal cergas sepanjang hari. Ini kerana serat mengambil masa yang lama untuk dihadam dan membuatkan anda berasa kenyang sehingga waktu berbuka.

OHMEDIA: ITU SEBAB SAHUR ITU PENTING UNTUK ELAK KITA DARI MERASA LAPAR KETIKA BERPUASA SELAIN MEMBEKALKAN TENAGA.

Sumber: Wanista

+ Baca respon pembaca 5 petua buat anda rasa kenyang sehingga waktu berbuka di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment