Tuesday, April 7, 2020

Watsons Mudahkan Kaum Wanita Berbelanja & Hantar Terus Depan Rumah


Faham dengan kesusahan dihadapi pelanggan mereka, Watsons kini memperkenalkan servis Click & Deliver yang mana korang tak perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Ohmedia faham memang ramai yang rindu nak pergi shopping dekat Watsons, lagi-lagi kaum wanita tu. Tapi sekarang pun boleh shopping juga la!

Sama seperti sebelum ini, kita masih boleh melakukan pembelian secara online, cuma kali ini Watsons akan pastikan barang dihantar terus ke depan pintu rumah kita melalui perkhidmatan Grab secepat mungkin.

Grab juga akan lakukan penghantaran ini setiap hari mengikut tempoh waktu yang ditetapkan pihak berkuasa. Jadi, korang hanya perlu pilih kedai Watsons yang berdekatan (7KM), pilih barang yang diperlukan dan Watsons akan ambil pesanan korang sebelum lakukan penghantaran pada keesokan harinya. Sangat mudah!


Perkhidmatan ini juga hanya akan disediakan untuk pelanggan sekitar Klang Valley sahaja buat masa ini, memandangkan pergerakan mereka di Klang Valley lebih ketat.

Antara jenis barangan yang korang boleh dapatkan adalah Personal Care, Skincare, Health, Generic Items dan Cosmetics. Apa yang paling menarik, setiap pembelian kedua dari Watsons akan dapat lagi diskaun sehingga 60%. Memang Jimat!


Hasil dari pemerhatian Ohmedia tadi dekat website Watsons pun memang banyak produk berjenama yang murah-murah. Memang borong 2 unit terus untuk setiap barang nampaknya lepas ni. Hehe!


Jangan tunggu lama dan jom shoping sekarang di laman web watsons.com.my atau download aplikasi Watsons App dekat Apple Store atau Google Play Store sekarang!

Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment