Monday, April 27, 2020

Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Hadir Dengan Skrin AMOLED 6.67-inci


Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan dua model terbaru untuk pasaran Malaysia dibawah siri Mi 10 iaitu Xiaomi Mi 10 dan Xiaomi Mi 10 Pro. Kedua-dua model ini menyokong rangkaian 5G gais. Bagi model Mi 10, ianya dijual bermula RM2,799 dan bagi yang variasi Pro, ianya dijual pada harga RM3,899.

Kedua-dua model ini mempunyai skrin 6.67 inci AMOLED dengan resolusi 1080 x 2340 pixels FHD+. Kedua-dua model ini juga tampil dengan refresh rate 90Hz dan dijana dengan cip pemprosesan yang sama iaitu Qualcomm SM8250 SnapDragon 865. Mesti korang tertanya-tanya apakah perbezaan antara variasi biasa dan pro kan?

Xiaomi Mi 10


Bagi Xiaomi Mi 10, kamera belakangnya didatangkan dengan 108 megapixel lensa utama + 23 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Kamera hadapannya pula hadir dengan 20 megapixel. Model ini didatangkan dengan dua pilihan bagi memori, sama ada mahukan 8GB RAM dan 128GB storan ataupun 8GB RAM dan 256GB storan. Baterinya pula sebesar 4,780mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Xiaomi Mi 10 Pro


Untuk Xiaomi Mi 10 Pro pula, kamera belakangnya didatangkan dengan 108 megapixel lensa utama + 12 megapixel telefoto + 5 megapixel berkemampuan 5x optikal zoom + 20 megapixel sudut lebar. Kamera hadapannya pula hadir dengan 20 megapixel.

Model ini didatangkan dengan hanya satu variasi memori iaitu 8GB RAM bersama 256GB storan. Baterinya pula sebesar 4500mAh dengan pengecasan pantas 50W. Sesiapa yang berminat dengan peranti terbaru Xiaomi ini boleh membuat pra-tempahan di Shopee ya gais.

Sumber : Xiaomi Malaysia

+ Baca respon pembaca peranti Xiaomi terbaru di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment