Sunday, May 10, 2020

3 New Normal Yang Kita Mula Amalkan Sepanjang Bulan Ramadan Kali Ni...


Sekejap je kita dah hampir penghujung Ramadan. Walaupun berbeza dengan tahun sebelum ni, sambutan Ramadan kali ni nampaknya lebih mencabar bila kita perlu terus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Walau dalam serba sederhana, korang kena tetap bersemangat untuk jadikan Ramadan kali ni bermakna dan diberkati. Tapi perasan atau tidak, kita sebenarnya sudah mula praktiskan normal baharu untuk sepanjang Ramadan ni.

Berbuka dan Bersahur Secara Virtual, Menarik!



Kami yakin ramai antara korang yang tak dapat berbuka dengan keluarga di kampung. Tapi, jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk berbuka atau bersahur dengan keluarga. Sekarang teknologi dah canggih gais, boleh je video call sambil berbuka atau bersahur. Cuma lauk masing-masing la ye!

Suami Hebat Di Dapur, Isteri Master Chef Disegani


Sepanjang tempoh PKP ni, memang terserlah bakat para suami di dapur. Yang tak pernah kenal halia dan lengkuas, kini hidu bau je dah tau. Bukan suami je, si isteri pun dah upgrade dari sebelum ni simple deco, ke makanan deco ala hotel meskipun hanyalah telur dadar.

Lebih Bijak Membuat Pilihan


Bila PKP diumumkan, ramai yang dah mula risau dengan ekonomi keluarga juga negara. Perkara ni menyebabkan ramai antara kita sudah mula menguruskan perbelanjaan dengan lebih cermat. Rata-rata rakyat Malaysia juga kini lebih bijak dalam membuat pilihan macam nak pilih menu berbuka puasa.

Bijak Memilih Sesuatu Yang Mudah Dan Ringkas Untuk Juadah Bersahur Dan Berbuka.


Bila ada antara kita yang berkerjaya atau kurang skill memasak, pilihan yang tepat, mudah dan ringkas adalah penyelamat sepanjang bulan puasa. Kalau korang tak tahu, Yeo’s juga ada produk makanan dalam tin. Antaranya kari ayam, sardin, kaya dan juga jagung. 

Paling penting, ia sangat mudah untuk disediakan. Hanya perlu buka tin makanan Yeo’s, panaskan dan walla! Makanan berbuka dah siap dihidang. Sangat ngam untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tak sempat nak masak. 

Korang yang bujang pun boleh jugak sebab ini boleh jadi menu penyelamat kalau korang terlewat bangun sahur. Mudah dan cepat dengan Yeo’s Susu Soya je, sebab ianya membantu membuatkan korang kenyang dan ada tenaga sepanjang hari.



Jadikan Ramadan Korang Ketika PKPB Lebih Mudah Dengan Yeo’s


Yeo’s saji dari hati terus ke meja korang. Dari air minuman hinggalah ke juadah yang lazat dan mudah disediakan. Memang tak hairanlah kenapa Yeo's sentiasa menjadi pilihan seisi rumah. 

Sebenarnya ada banyak lagi rangkaian produk Yeo's. Korang boleh tengok produk-produk mereka melalui Facebook rasmi Yeo's di sini dan boleh jugak usha Instagram Yeo's di sini

Haa, lepas dah tengok bolehlah korang dapatkan produk makanan dan minuman Yeo’s di kedai berhampiran korang atau boleh check dekat kedai online di sini. Selamat berpuasa!

Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment