Monday, May 11, 2020

Cara Untuk Mencegah Dari Menghadapi Masalah Kencing Kotor


Boleh dikatakan ramai di antara kita mempunyai masalah kencing kotor. Kadangkala ianya akan membuatkan kita berasa kurang selesa. Walaubagaimanapun, korang tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai cara untuk mencegah masalah kencing kotor. Antaranya tidak menahan untuk membuang air kecil. Bakteria akan membiak dalam pundi kecil jika kita suka menangguh untuk membuang air kecil.


Selain itu, buat korang yang suka untuk mengambil minuman kafein perlu mengurangkan pengambilan minuman tersebut  kerana ia boleh menjadi punca kepada kencing kotor. Seterusnya, korang disarankan untuk minum air putih 8 gelas sehari kerana kesannya mampu untuk menjernihkan air kencing.


Pastikan korang sentiasa jaga kebersihan pada alat kemaluan dengan mengelapnya sehingga bersih selepas membuang air kecil. Kemudian basuh tangan selepas membersihkan alat kemaluan tersebut. Akhir sekali korang juga perlu mengamalkan pengambilan vitamin C pada setiap hari bagi mengatasi jangkitan kuman pada tubuh badan.

OHMEDIA : SEMOGA CARA INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENCEGAH DARI TERKENA KENCING KOTOR

+Baca respon pembaca cara untuk mencegah dari menghadapi masalah kencing kotor di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment