Friday, May 1, 2020

Cara Untuk Menghilangkan Bau Hanyir Pada Ikan


Ketika waktu PKP pasti ramai menggunakan masa ini untuk masak pelbagai menu di rumah antaranya ikan. Walaubagaimanapun tidak semua tahu cara untuk menghilangkan bau hanyir yang terdapat ikan sebelum dimasak. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan. Antaranya rendam dalam air yang mempunyai cuka, kemudian basuh ikan tersebut menggunakan air yang bersih. Ini kerana cuka boleh menghilangkan 50 peratus bau hanyir pada ikan.


Selain itu, korang juga boleh menggunakan air yang telah dicampur dengan garam. Rendam ikan dalam air garam selama 15 minit kerana ia mampu menghilangkan semua bau hanyir yang ada pada ikan. Seterusnya korang boleh menggunakan halia kerana ia juga mampu menghilangkan bau hanyir dan toksin yang ada pada ikan. Caranya mudah sahaja, potong halia secara halus dan sapu pada ikan lalu biarkan selama 30 minit.


Korang juga boleh rendam ikan yang bersih ke dalam susu kerana susu mengandungi casein yang boleh menghilangkan punca kepada bau hanyir ikan. Akhir sekali pastikan ikan dibersihkan dengan betul. Buang segala organ yang ada dalam ikan, sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan bau hanyir.

OHMEDIA : SEMOGA TIPS INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGHILANGKAN BAU HANYIR PADA IKAN KETIKA MUSIM PKP INI

+Baca respon pembaca cara untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment