Tuesday, May 5, 2020

Da'i Farhan Ceraikan Isteri Aura Ke-19 Yang Kini Sedang Hamil


Isteri kepada Da'i Farhan iaitu Dr Erin, baru-baru ini mengesahkan yang mereka sudahpun bercerai pada hujung bulan April lepas. Berita ini dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya dan penceraian tersebut atas permintaan dirinya sendiri.

Erin juga mengatakan pada 11 Februari lepas, Da'i Farhan sudah kembali rujuk bersama isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris kerana tidak mampu berjauhan dengan anak-anak dan pada masa itu, Erin mengatakan yang dirinya hanya menunggu untuk diceraikan sahaja. 


Hal ini terjadi selepas ustaz pulang dari menziarahi anaknya dan memberitahu kepada Erin yang dirinya tidak boleh berjauhan dari anak-anaknya. Tetapi, pihak isteri pertamanya bagi syarat supaya ustaz menceraikan Erin sekiranya nak duduk bersama anak-anaknya kerana ibu kepada isteri pertamanya itu tidak mahu melihat anaknya dimadukan.

Disebabkan itu, Erin meminta ustaz untuk membawanya berjumpa mak dan isteri pertamanya untuk menyerahkan kembali ustaz kepada mereka dengan redha dan demi kebaikan bersama. Da'i Farhan dikatakan telah melafazkan cerai terhadap Erin pada 27 April lalu selepas dirinya sendiri meminta untuk dilepaskan kerana menghormati permintaan dari pihak isteri pertamanya. 




+ Baca respon pembaca Da'i Farhan ceraikan isteri aura ke-19 di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment