Monday, May 11, 2020

"Kau Tak Payah Sibuk Nak Jadi Malaikat Catat Dosa Aku" - Fara Mendoza


Ohmedia baru jer buat tinjauan di akaun media sosial milik pendakwah bebas PU Syed Bakri Al Yahya bahawa dia telah menyeru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap seorang pelakon bernama Fara Mendoza. Apa dah jadi sebenarnya gais?

Sudah tiba masanya @skmm_mcmc bekerjasama dengan @myjakim untuk menapis pengguna-pengguna media sosial yang tersimpang jauh dari landasan Islam. Terlalu bebas adalah sangat berbahaya, seperti pemilik akaun ini yang dikatakan menggunakan media sosial untuk memperagakan sesuatu yang sangat mengaibkan bagi seorang wanita Islam. Mohon pihak kerajaan bertegas kepada yang terang-terangan muncul dan bermaharajalela di bumi Malaysia yang tercinta ini. Mungkin bala Allah yang datang dan menimpa kita asbab dosa-dosa tanpa batasan yang telah dilakukan oleh manusia-manusia tanpa rasa malu dan segan kepada Allah dan kepada manusia lain serta kita tidak mencegahnya kemaksiatan tersebut. Lagi dahsyat maksiat ini dipertontonkan kepada khalayak . Bayangkan jika followersnya ada yang mengikut jejak langkahnya!!? Bukankah ianya lebih bahaya dari virus Covid-19. Ambe mohon sangat-sangat mereka ini diberi tunjuk ajar selaras dengan ketetapan agama.


Walaubagaimanapun, teguran secara terbuka yang dibuat oleh pendakwah bebas itu telahpun dipadam dan mendapat reaksi daripada pelakon tersebut bahawa Fara mahu teguran itu dengan cara yang lebih baik dan bukannya memalukan di depan umum.



Mencari salah dan aib orang hanya untuk kepuasan diri sendiri adalah petanda hati rosak. KAU bukan USTAZ tapi kau baru nak "START".



A post shared by Fara Mendoza (FM) (@fara_mendoza) on

OHMEDIA: SEMOGA DIORANG DAPAT SELESAIKAN HAL NI DENGAN BAIK.

Sumber: Instagram | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment