Wednesday, May 6, 2020

Orang Awam Dibenar Pandu Kenderaan Dengan Lesen Tamat Tempoh Ketika PKP


Memahami situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang lesen memandu telah tamat tempoh, Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) membenarkan mereka yang lesennya sudah tamat tempoh dibenarkan untuk memandu. kenderaan.

Bagaimanapun JPJ memaklumkan bahawa kenderaan persendirian masih lagi terteakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan.

Sumber gambar dari NST
Meskipun membenarkan kenderaan dipandu dengan lesen tamat tempoh, JPJ memberi keizinan kepada POS Malaysia untuk menguruskan urusan permbaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.

Walaubagaimanapun JPJ menjelaskan bahawa pembukaan urus niaga di kaunter JPJ akan dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan pandemik COVID-19 di semua urus niaga kaunter JPJ.

OHMEDIA: HARAP SERVER UNTUK RENEW ROADTAX ATAU LESEN DINAIK TARAF DI MANA-MANA PEJABAT POS AGAR URUSAN PEMBAHARUAN BERJALAN LEBIH LANCAR.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca orang awam dibenar memandu meski lesen sudah tamat tempoh di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment