Monday, May 4, 2020

Pemandu Mabuk Dicadang Kena Hukuman Lebih Berat & Penjara Mandatori


Isu ini sudah lama kita sebagai rakyat Malaysia bincangkan. Ini terjadi selepas melihat kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ini semakin menjadi-jadi sehingga melibatkan kematian mereka yang tidak bersalah.

Terbaru, seorang anggota polis telah meningal dunia selepas dirempuh pemandu mabuk diwaktu PKP. Sehubungan dengan itu, Kementerian pengangkutan telah memberi cadangan untuk melaksanakan hukuman yang lebih berat dan mandatori ke atas individu disabitkan kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol atau dadah.

Saya rasa sudah tiba masanya kita kenakan hukuman mandatori. Ini bukan perkara baharu dan negara lain sudah melaksanakannya dan ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Kita akan melihat cara terbaik. Kalau perlu buat pindaan undang-undang terhadap APJ 1987, kita akan buat sebaik-baiknya. Ini adalah insiden menyedihkan dan sudah tiba masa untuk jaga keselamatan orang lain. - Jelas Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Jika kita lihat di negara lain, pesalah ini bukan hanya didenda, tapi turut digantung lesen memandu mereka dan jika negara kita menjatuhkan hukuman penjara mandatori. Ia pasti akan dapat memberikan kesedaran kepada orang lain untuk lebih berhati-hati dan tidak memandu ketika mabuk.

Semalam Allayarham Koperal Safwan Muhammad Ismail meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepada dan badan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment