Thursday, May 7, 2020

Sayang Betul Kalau Tak Manfaatkan Smartphone Lama Yang Masih Boleh Berfungsi!


Mesti ada diantara korang yang mempunyai smartphone-smartphone lama yang yang masih berfungsi dengan tapi tidak menggunakannya lagi kan? Instead of korang jual smartphone berkenaan adalah lebih baik korang jadikannya untuk sesuatu yang berguna. Oleh itu, ini antara tip untuk korang beri nyawa baru kepada telefon lama korang.

Sebagai web cam

Sumber gambar dari Tom's Guide
Memandangkan sekarang sedang berjalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mungkin ada diantara korang semua yang bekerja dari rumah. Kadang-kadang terpaksa meeting secara atas talian. Masa inilah korang gunakan smartphone lama korang sebagai webcam. Ada beberapa aplikasi untuk video chat yang boleh dimuat turun. Perlu diingat, walaupun smartphone berkenaan lama, namun kualiti videonya adalah lebih baik dari kamera webcam laptop korang.

Sebagai galeri gambar

Sumber gambar dari YouTube
Menyimpan gambar akan memakan banyak ruang pada smartphone korang. Jadi untuk mengatasi masalah ini, gunakan smartphone semasa anda untuk menangkap gambar dan gunakan smartphone lama anda untuk menyimpan gambar berkenaan.

Korang juga boleh memilih untuk menggunakan kamera smartphone lama korang untuk menangkap gambar dan menyimpan gambar berkenaan sekiranya korang merasakan pemindahan fail itu melecehkan.


Sebagai universal remote

Sumber gambar dari Tech Crack
Alangkah indahnya kalau kta mempunyai sebuah remote yang mampu buat semua perkara. Maksud Ohmedia tidak semua, tapi sekurang-kurangnya mampu untuk control semua devices dalam satu remote itu sudah memadai. Caranya dengan muat turun aplikasi seperti iRule, dan sync smartphone korang dengan device yang boleh disambungkan. Lepas ni kalau remote tv hilang ataupun rasak tiada masalah bagi korang.

Sebagai cctv

Sumber gambar dari Life Wire
Tak pernah terbayang kalau smartphone lama boleh buat perkara ini juga. Caranya mudah, muat turun aplikasi security camera, misalnya Alfred. Kemudian set up smartphone lama berkenaan, letakkan ditempat yang korang rasakan mempunyai view yang terbaik. Tapi pastikan smartphone berkenaan dibekalkan dengan punca kuasa, power bank atau plug kerana selalunya bateri smartphone lama cepat habis kerana kapasiti bateri yang kecil.

Sebagai walkman

Sumber gambar dari YouTube
Kalau anda jenis yang suka dengar lagu, mungkin korang boleh jadikan smartphone lama korang sebagai ‘walkman’ berbanding menggunakan smartphone semasa yang korang gunakan sebagai daily driver. Korang boleh letak seberapa banyak lagu tanpa memikirkan berapa banyak storage yang korang gunakan. Korang juga tak perlu risau dengan panggilan atau message masuk yang akan mengganggu mood korang mendengar lagu.

OHMEDIA: BANYAK BENDA YANG KORANG BUAT DENGAN SMARTPHONE LAMA KORANG. TAPI YANG PENTING MESTILAH MASIH BERFUNGSI DENGAN BAIK.

Sumber: Cnet.com

+ Baca respon pembaca tip memanfaatkan kembali smartphone lama di Facebook Oh! Media





Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment