Sunday, May 3, 2020

Tip Untuk Mencerahkan Bibir Yang Hitam


Ramai di kalangan kita mengalami masalah kehitaman di bibir pada usia muda. Antara puncanya disebabkan terlalu banyak menghisap rokok dan minum kopi. Walaubagaimanapun, korang tak perlu rasa khuatir kerana Ohmedia nak kongsi tip untuk mencerahkan semula bibir yang hitam.


Antaranya, korang boleh menggunakan skrub kunyit kerana ia mampu untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuatkan bibir menjadi lebih cerah. Caranya campurkan 1 sudu serbuk kunyit bersama 1 sudu tepung sehingga menjadi sebati, kemudian sapukan skrub pada bibir dan bilas dengan air bersih selepas 15 minit. Selain itu, buat penggemar timun korang juga boleh menggunakan sayur tersebut untuk kembali mencerahkan bibir yang hitam. Caranya potong timun secara halus dan sapukan pada bibir. Lakukan pada setiap hari sebelum korang nak tidur.


Seterusnya, minyak badam juga mempunyai khasiat yang mampu untuk melembabkan bibir serta menjadikannya lebih cerah. Caranya sangat mudah, titis minyak badam pada tangan dan sapukan pada bahagian bibir. Akhir sekali, korang boleh menggunakan air lemon yang telah dicampurkan bersama madu. Untuk pengetahuan korang, kombinasi lemon dan madu akan membuatkan bibir bertambah cerah dan menjadi kemerah-merahan.

OHMEDIA: SEMOGA TIP INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENCERAHKAN KEHITAMAN PADA BIBIR

+ Baca respon pembaca tip untuk mencerahkan bibir yang hitam di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment