Thursday, June 11, 2020

Akhirnya Rupa Sebenar PlayStation 5 Dipersembahkan Dengan 2 Jenis Berbeza


Selepas sekian lama menantikan, akhirnya sebentar tadi baru sahaja selesai acara perasmian dari Sony untuk produk permainan konsol terbaru mereka iaitu Sony PlayStation 5.


Itulah dia rupa bentuk rekaan bagi permainan konsol yang didatangkan dalam 2 versi, iaitu PlayStation 5 secara fizikal dan PlayStation 5 Digital Edition.

Walaupun harga masih belum diumumkan, versi digital berkemungkinan akan dijual dengan harga yang sedikit murah berbanding fizikal yang hanya memerlukan pemain untuk muat-turun permainan secara digital.


Nampaknya Sony masih bermain teka-teki untuk harga dan tarikh mula jualan bagi PlayStation 5 yang terbaru ini. Jadi, apa pandangan korang dengan apa yang ditunjukkan Sony ini?

Bagi Ohmedia, rekaan PlayStation 5 kali ini hadir dalam bentuk yang lebih minimalist dan moden.

+ Baca respon pembaca yang tidak sabar nak dapatkan PS5 di Facebook Oh! Media.





Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment