Thursday, June 11, 2020

Anak Muda Ini Berjaya Beli Rumah Untuk Keluarga Dan Kereta Mewah Hasil Titik Peluh Sendiri!


Muhammad Asyraf Khairul Anuar membuktikan bahawa meskipun baru mencecah 20 tahun, dia mampu membeli rumah untuk keluarganya dan membeli sebuah kereta hasil titik peluh perniagaan bundle yang dijalankan. Asyraf yang berasal dari Klang, Selangor itu menjalankan perniagaan secara atas talian dan menjadi personel shopper barangan bundle di Jepun.

Dia yang menceburi perniagaan ini selepas tamat SPM, jelas Asyraf dengan modal RM100 dia melanggan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang yang menjual barangan bundle dan cara mereka mempromosikan perniagaan mereka. Baki modal berkenaan digunakan untuk membeli pakaian bundle dan jualnya Instagram.



Pada tahun 2019, Asyraf berjaya menyimpan keuntungan RM200,000 dalam simpanan selepas perniagaannya berada di puncak, di mana ketika itu dia menjadi personal shopper untuk barangan bundle di Jepun ini kerana ramai kaki bundle yang sanggup berhabis untuk beli pakaian bundle berkenaann.

Harap dengan kisah Asraf ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda diluar sana. Macam orang-orang tua kata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.



OHMEDIA: TAHNIAH ANAK MUDA! SEMOGA KISAH ASYRAF NI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT DAN INSPIRASI BAGI ANAK MUDA LAIN YANG BARU MAHU BERJINAK-JINAK DALAM PERNIAGAAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca anak muda berjaya beli rumah untuk keluarga dan kereta hasil titik peluh sendiri di Facebook Oh! Media









Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment