Monday, June 1, 2020

Covid-19: Jumlah positif baru hanya 38 kes, tiada kes kematian 10 hari berturut


Sebentar tadi, sidang media harian Perkembangan Covid-19 di Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah berlangsung.

Sehingga hari ini, terdapat 38 kes baharu dengan 51 kes sembuh direkodkan. Pesakit yang sudah sembuh juga dibenarkan discaj dan keluar daripada hospital.




Tiada kematian direkodkan
Paling melegakan sudah tentu kes kematian yang direkodkan sifar sejak 10 hari berturut-turut.



Ada peningkatan dalam kalangan jangkitan warga asing
Dalam pada itu juga, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa ada sedikit peningkatan jangkitan berlaku dalam kalangan bukan warganegara malaysia. Kebanyakkan mereka adalah pekerja asing.





Oleh sebab itu, semua majikan bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan para pekerja dan menjaga SOP setiap pekerja seperti  yang  sudah ditetapkan.

KKM juga menasihatkan agar setiap rakyat Malaysia terus mematuhi penjarakkan sosial dan mengamalkan kebersihan seperti yang disarankan.

Sumber : KKM, Harian Metro

No comments:

Post a Comment