Tuesday, June 9, 2020

FC Saarbruecken Gagal Mencipta Kejutan Untuk Layak Ke Final DFB-Pokal


Hasrat Kelab divisyen 4 Jerman, FC Saarbrucken untuk melakukan kejutan ke perlawanan akhir DFB-Pokal (Piala Jerman) tidak kesampaian apabila tewas 3-0 ke atas Bayern Leverkusen. Beza kedua-dua pasukan ini ibarat Selangor dan Kerteh FC di liga Malaysia.


Beraksi di Stadium kecil jelas tidak menjadi masalah buat Saarbruecken yang sebelum ini berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan 2 kelab Bundesliga Cologne dan Fortuna Duesseldorf untuk melangkah ke separuh akhir. Perlawanan separuh  akhir yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan Leverkusen mendahului 2 gol dalam masa 20 minit hasil jaringan Diaby dan Lucas Alario.


Bersambung babak kedua, giliran Karim Bellarabi pula mencetak jaringan ketiga Leverkusen pada minit ke-57. Tersentak dengan jaringan itu, Saarbrucken mula mengatur serangan dan mempunyai 2 peluang untuk merapatkan kedudukan namun gagal disempurnakan dengan baik. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat. Bayern Leverkusen akan bertemu sama ada Bayern Munich atau Frankfurt pada perlawanan akhir nanti.


OHMEDIA: TAHNIAH KEPADA KELAB KERDIL, FC SAARBRUECKEN SELEPAS BERJAYA MENCIPTA KEJUTAN UNTUK LAYAK SEHINGGA KE SEPARUH AKHIR.

Kredit: Berita Harian

+Baca respon pembaca kelab divisyen 4 Jerman, FC Saarbruecken gagal mencipta kejutan untuk layak ke final DFB-Pokal di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment