Masihkah korang ingat dengan kumpulan Al- Ma’unah yang ernah menggemparkan negara pada suatu ketika dahulu? Al Ma’unah yang juga dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al Ma’unah merupakam sebuah kumpulan militan yang diketuai oleh Mohamed Amin dengan 29 ahli kumpulan. Kumpulan ini turut disertai seroang anggota tentera berpangkat mejar. Misi kumpulan ini adalah untuk memnggulingkan kerajaan Malaysia termasuklah Yang Dipertuan Agong.
Kisah Al Ma’unah bermula dengan pencerobohan kumpulan itu keatas kem tentera dan mencuri kelengkapan persenjataan tentera. Anggota kumpulan ini telah datang ke Kem Batalion 304 Batalion Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik Perak dan memperdayakan anggota tentera di sana, kononnya untuk melakukan pemeriksaan mengejut setelah hadir dengan pakaian pegawai kanan tentera.
![]() |
Sumber gambar dari OrangPerak.com |
Setelah berjaya mencuri, kumpulan berkenaan telah bertindak menyembunyikan diri di dalam hutan di Bukit Jenalik, Sauk Perak dan mengagihkan senjata berkenaan untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang didengari oleh penduduk kampung telah menarik perhatian anggota polis. Sebelum di kepung, mereka sudahpun membuat persediaan termasuklah mengumpul bekalan makanan untuk tiga bulan di pengkalan mereka di Bukit Jenalik dan tambahan senjata seperti parang dan senapang patah utnuk menjayakan misi mereka.
![]() |
Sumber gambar dari Free Malaysia Today |
Anggota polis dan orang awam yang menjadi tebusan kemudian diseksa dan dianiaya oleh kumpulan berkenaan, mereka dipaksa mengali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk kubu pertahanan. Salah seorang tebusan, anggota komanda bernama Truper Matthews anak Medan telah ditembak mati sebelum cedera akibat ditembak dibahagian kaki oleh salah seorang anggota kumpulan berkenaan bernama Jemari Bin Jusoh kemudian ditanam disalah satu parit kubu pertahan kumpulan berkenaan. Pada waktu malam, mereka diikat dibawah pokok durian.
![]() |
Sumber gambar dari Google |
Sebelum terkuburnya misi mereka untuk menggulingkan kerajaan Malaysia termasuklah Raja, telah berlaku satu insiden penting apabila ASP Abdul Razak yang ketika itu pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas VAT69 telah berjaya menyelinap masuk ke markas kumpulan berkenaan dengan 20 orang anggota elit dan bertemu sendiri Mohamed Amin. Maka berlakulah perdebatan ilmiah antara mereka selama dua jam. Kebijakan ASP Abdul Razak menyebabkan Mohamed Amin bersetuju untuk menyerah diri.
![]() |
Sumber gambar dari Google |
Mohamed Amin akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menggulingkan kerajaan Malaysia termasuklah Yang Dipertuan Agong manakala 16 lagi anggota yang tinggal dipenjara sepanjang hayat.
![]() |
Sumber gambar dari bookukita.com |
+ Baca respon pembaca tumpasnya gerakan gulingkan kerajaan di Facebook Oh! Media
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media
No comments:
Post a Comment