Friday, July 17, 2020

Arwah Mengenali Orang Yang Menziarahi Kuburnya



SOALAN 

Ohmedia yakin ramai antara kita selalu ke tanah perkuburan untuk menziarah kubur arwah ibu bapa atau saudara terdekat. Jadi, adakah arwah mengenali orang yang datang ziarah kuburnya?

JAWAPAN 

Sungguhnya apabila seorang ziarah akan kubur maka mayat mengetahui dengan kedatangannya itu dan kenal akan orang yang ziarah dan menjawab akan salam yang dicuapkan oleh yang ziarah itu kerana berdalilkan beberapa hadith yang menyebut tentang perkara ini.

Berkata Imam Ibnu Al-Qayyim :

ان الأحاديث والآثار تدل على أن الزائر متى جاء علم به المزور من الأموات وسمع سلامه ورد عليه وأنس به


Artinya : “Sungguhnya segala hadith dan perkataan sahabat menunjukkan atas bahawasanya orang yang ziarah apabila datang ke kubur nescaya sekelian penghuni kubur akan tahu dengan kedatangannya dan mendengar akan salamnya dan menjawab salamnya dan merasa terhibur dengan kedatangannya.”


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata :


ما من أحد يمر بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه فى الدنيا فيسلم عليه إلا عرفه ورد عليه


Artinya : “Tiada dari seorang kamu yang lalu ia pada kubur saudaranya yang beriman yang dia kenal akan yang ziarah itu ketika di dunia lalu yang ziarah itu memberi salam atasnya melainkan mayat itu pasti mengenalinya dan mayat itu menjawab akan salam atasnya.”(Hadith marfu’ riwayat Ibnu Abdil Barri)


Berkata Bekas Mufti negeri Mesir Syeikh Abdul latif Hamzah :

الموتى ينتفعون بالدعاء والاستغفار لهم من الزائرين ويأتنسون بهم


Artinya : “Orang yang telah mati mengambil menafaat dengan doa dan istighfar bagi mereka oleh orang yang ziarah dan orang yang telah mati itu gembira dengan kedatangan mereka.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)


KESIMPULAN


Apabila diziarah akan kubur seorang Islam nescaya penghuni kubur tersebut tahu dan kenal siapa yang ziarahnya itu jika dia pernah kenalinya di dunia dan apabila yang ziarah memberi salam nescaya penghuni kubur itu menjawab salamnya dan penghuni kubur merasa suka dengan kedatangan saudara mara yang menziarahinya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca arwah mengenali orang yang menziarahi kuburnya di Facebook Oh! Media
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment