Thursday, July 30, 2020

Bekas PM Najib Razak Bebas Selepas Selesai Bayar Jaminan RM2 Juta


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini telah mengemukakan rayuan selepas disabitkan bersalah bagi tujuh pertuduhan melibatkan penyelewangan dana SRC RM42 juta, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Najib yang juga telah membayar jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua orang penjamin itu juga bebas untuk keluar setelah pihak Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dibuat sehingga rayuan selesai.

Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan bahawa peguam Najib telah menyerahkan fail notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas beliau didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan penyalahgunaan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Najib di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment