Sunday, July 19, 2020

Bunga Citra Lestari Tampil Dengan Single Baru, Lirik Lagu 12 Tahun Terindah Buat Air Mata Tak Berhenti Mengalir


Siapa dah dengar single terbaru Bunga Citra Lestari yang bertajuk 12 Tahun Terindah yang dikeluarkan semalam? Fuh, mengalir air mata Ohmedia! Bukan apa, lirik lagunya memang akan buat korang rasa sedih.


Tambah pula dengan klip video Unge berkongsi kehidupan bersama Allahyarham Ashraf Sinclair dan anak mereka, Noah Aidan Sinclair. Kalau korang nak tengok, pastikan korang sediakan tisu dekat tepi okay.


Sebelum single ni keluar di saluran Youtube, beberapa rakan dan ahli keluarga Unge juga sudah mendengar dan memberi reaksi terhadap lagu tersebut. Ramai diantara mereka tidak dapat menahan sebak.


Untuk pengetahuan, pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair mendirikan rumah tangga dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair berusia 10 tahun.

OHMEDIA: TAHNIAH UNGE ATAS SINGLE TERBARU!

Kredit: Youtube | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.







Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment