Sunday, July 19, 2020

Chelsea Ke Final Piala FA, De Gea Hilang Fokus


Chelsea mara ke final piala FA selepas menewaskan MU 3-1 awal pagi tadi. Perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Wembley menyaksikan MU tidak menurunkan Pogba, Martial dan Greenwood selaku pemain utama. Gol pertama Chelsea terhasil pada minit ke-45 apabila hantaran silang yang dilakukan Azpilicueta berjaya disempurnakan oleh Giroud.


Bersambung separuh masa kedua,  pemain muda Chelsea Mason Mount menjaringkan gol kedua menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti. Walaupun MU cuba untuk melakukan comeback ia tidak menghalang The Blues untuk menambah gol ketiga hasil jaringan sendiri Harry Maguire.


Akhirnya MU berjaya untuk menjaringkan gol saguhati menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes pada minit ke-86. Keputusan 3-1 kekal hingga wisel penamat dan kekalahan MU ini boleh dikatakan berpunca dari De Gea yang tidak fokus serta mudah dibolosi dalam perlawanan ini.


OHMEDIA: CHELSEA AKAN BERTEMU ARSENAL DI PERLAWANAN AKHIR PIALA FA

+ Baca respon pembaca Chelsea ke final piala FA, de gea hilang fokus di Facebook Oh! Media
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment