Monday, July 13, 2020

Cucu Elvis Presley Meninggal Dunia


Cucu kepada legenda rock 'n roll terkenal Elvis Presley iaitu Benjamin Keough telah meninggal dunia pada usia 27 tahun akibat mengalami cedera parah di sebuah rumah yang terletak di Calabasas, California.

Berita sedih itu telah disahkan oleh pengurus ibu Benjamin yang dikenali sebagai Roger Widynowski. Menurut Roger, Lisa Marie Presley rasa sangat tertekan atas pemergian anak lelaki tunggalnya itu.

Dia sangat sedih, terpukul dan hatinya hancur, tetapi berusaha menguatkan diri demi dua anak kembarnya yang berusia 11 tahun, dan puteri sulungnya Riley (Keough). -kata Roger Widynowski

Kalau korang nak tahu, tubuh Benjamin mempunyai kesan luka di bahagian atas anggota badannya dan pihak polis telah membuat kesimpulan bahawa tembakan tersebut dilakukannya sendiri.

OHMEDIA: KENAPALAH BENJAMIN TEMBAK DIRI SENDIRI? REST IN PEACE BRO.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment